Hasni selamat, Belanjawan Johor lulus - Utusan Malaysia

Hasni selamat, Belanjawan Johor lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 yang merangka 12 agenda utama khususnya dalam mendepani kesan pandemik Covid-19.

Perkembangan itu sekali gus menepis pelbagai dakwaan sidang DUN hari ini kecoh susulan perkembangan politik yang melanda tanah air sejak kebelakangan ini.

Belanjawan itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada 26 November lalu.

Belanjawan Johor mengalami defisit sebanyak RM248.14 juta selepas merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut sebelum ini.

Kedudukan Hasni sebagai Menteri Besar dikatakan goyah seandainya pengundian usul Belanjawan Johor 2021 pada hari ini gagal mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sekiranya gagal, kedudukan beliau tercabar kerana gagal memperoleh sokongan ADUN sekali gus sama seperti nasib dialami Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya