Bukan kluster baharu tapi Kluster Hentian - Utusan Malaysia

Bukan kluster baharu tapi Kluster Hentian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menegaskan tiada kluster baharu membabitkan tempat kerja di Bangi, dekat sini tetapi ia berkaitan Kluster Hentian.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengakui terdapat 90 kes membabitkan sebuah tempat kerja di Bangi di mana 87 kes adalah yang sedia ada dan hanya tiga kes baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, terdapat pertambahan 38 kes untuk Kluster Hentian yang menjadikan keseluruhan sebanyak 1,386 kes dengan saringan seramai 11,268 individu.

“Kesemua kes terbabit adalah berkaitan Kluster Hentian, bukannya kes baharu dan kluster ini merebak di Bangi dan Kajang, Selangor.

“Susulan kes di kluster itu, tindakan kita adalah melaksanakan pengesanan semua yang mempunyai kaitan dengan kluster terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan berita di media sosial membabitkan sekumpulan pekerja asing membabitkan sebuah syarikat pengangkutan di Bangi dibawa ke hospital kerana Covid-19.

Sementera itu, ditanya mengenai kejadian sebuah ventilator yang terbakar di Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, Noor Hisham berkata, pihaknya masih belum menerima laporan lengkap kejadian terbabit dan percaya ia mungkin tidak berkaitan dengan alat terbabit.

“Buat masa ini, kementerian mempunyai sebanyak 1,556 ventilator dan tidak sampai 100 unit yang digunakan. Kita mempunyai sejumlah dan semuanya adalah unit baharu yang diperoleh masa gelombang kedua Covid-19.

“Ia mungkin bukan masalah ventilator tetapi, kita tunggu siasatan penuh dari pihak kejuruteraan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.