Banduan meninggal dunia ketika subuh - Utusan Malaysia

Banduan meninggal dunia ketika subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Persiapan solat subuh banduan Penjara Gemas dikejutkan dengan salah seorang ‘orang diselia’ (ODS) atau banduan ditemukan tidak sedarkan diri, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, kakitangan penjara menerima aduan pada pukul 5.20 pagi daripada seorang banduan yang memaklumkan ODS berusia 38 tahun itu tidak bangun untuk bersiap seperti biasa bagi menunaikan solat subuh.

Menurutnya, susulan aduan berkenaan, banduan berkenaan telah dibawa ke Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin, Gemas bagi tindakan selanjutnya.

“Setelah pemeriksaan dibuat oleh pegawai perubatan, banduan itu disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan sekeliling katil dan blok dihuni banduan berkenaan serta pemeriksaan tubuh badan tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, mayat banduan tersebut telah dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN