fbpx

Ahmad Zahid hadiri mesyuarat UMNO Perak

AHMAD Zahid ( kanan) tibà di Bangunan UMNO Perak untuk menghadiri mesyuarat UMNO Perak di Ipoh hari ini. -UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bangunan UMNO Perak di sini malam ini bagi menghadiri menyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak.

Difahamkan, mesyuarat yang dijadual bermula pukul 9 malam itu dipengerusikan oleh Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad.

Beberapa pemimpin UMNO Perak turut hadir termasuk Timbalan Pengerusi, Datuk Azian Osman dan Ketua Penerangan, Datuk Zolkafly Harun.

Turut hadir bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mesyuarat diadakan berikutan kemelut politik Perak yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tersingkir daripada jawatannya sebagai Menteri Besar selepas gagal meraih sokongan majoriti daripada ahli DUN dalam usul undi percaya terhadap beliau semalam. – UTUSAN ONLINE