Agihan bakul makanan diteruskan - Utusan Malaysia

Agihan bakul makanan diteruskan

HASNI Mohammad melihat Bakul Makanan Johor yang akan diagihkan kepada rakyat Malaysia di Singapura di pekarangan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan meneruskan misi agihan Bakul Makanan Johor kepada rakyat Malaysia di Singapura sehingga pintu sempadan dibuka.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, buat permulaan sebanyak 1,000 bakul akan diagihkan secara berperingkat manakala misi pertama membabitkan 300 pek.

Katanya, bakul makanan itu mengandungi makanan, produk kebersihan diri dan selimut.

“Bagi memudahkan proses pengagihan, pihak kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melepaskan lori Misi Penyerahan dan Pengagihan Bakul Makanan Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN