3 termasuk bayi maut kemalangan, 3 lagi cedera - Utusan Malaysia

3 termasuk bayi maut kemalangan, 3 lagi cedera

KEADAAN kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi tadi yang menyebabkan tiga maut manakala tiga lagi cedera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Tiga termasuk seorang bayi maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mereka yang maut ialah seorang warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an, dan warga tempatan, Zainab Wahab, 45, serta bayi yang masih belum dikenal pasti.

Mereka yang cedera pula ialah seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Aaira Nur Saffiyya Muhammad Syafiq; Muhammad Syafiq Ahmad; 25, dan Nur Amalina Nur Ain, 25, yang cedera parah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.