25 tan limau Mandarin disita - Utusan Malaysia

25 tan limau Mandarin disita

BUAH limau Mandarin dari China yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang selepas dikesan cuba dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas lebih 25 tan limau Mandarin yang cuba dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, dalam operasi kira-kira pukul 5.40 petang itu, produk berkenaan didapati melanggar syarat permit import iaitu gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Perlabelan (3P) seperti dinyatakan di dalam sijil 3P.

“Buah limau Mandarin dari China itu yang diletakkan di dalam 1,854 kotak dan dianggarkan bernilai RM108,887.14 disita bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya