Ucop Cecupak terkilan tidak tunaikan hasrat Paklah - Utusan Malaysia

Ucop Cecupak terkilan tidak tunaikan hasrat Paklah

NOOR AFFENDI NURDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov.- Pelawak Ucop Cecupak akui terkilan tidak dapat bertemu dengan Allahyarham Paklah buat kali terakhir.

Jelasnya Paklah atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin pernah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan dirinya dan salah seorang lagi anggota Cecupak, Ropie.

Namun jelasnya kekangan waktu dan dalam keadaan negara dilanda pandemik menyebabkan dia terpaksa mengangguhkanya.

“Memang Pak Lah ada nyatakan hasrat nak bertemu saya dan Ropie. Awal tahun ini memang patutnya saya bertemu tetapi disebabkan Covid-19, saya tidak dibenarkan melawat dia Hospital atas faktor keselamatan.

“Ikutkan memang rasa ralat sangat tidak dapat bertemu sebab kali terakhir pada enam tahun lepas. Itupun ketika dia bermalam di rumah saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu Pak Lah yang juga anggota asal kumpulan komedi Cecupak disahkan meninggal pada usia 53 tahun semalam akibat kanser usus.

Cecupak yang juga kumpulan pelawak lagenda dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian ditubuhkan pada 22 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya