Tong gas memasak meletup, suami isteri nyaris maut - Utusan Malaysia

Tong gas memasak meletup, suami isteri nyaris maut

TONG gas memasak yang meletup di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana yang mencederakan sepasang suami isteri di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas tong gas petroleum cecair (LPG) di dapur kediaman mereka tiba-tiba meletup dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 57 tahun melecur dan cedera di kaki, tangan serta kepala dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.01 petang dan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bersama-sama dua jentera serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 5.07 minit dan difahamkan satu letupan telah berlaku ketika pasangan suami isteri tersebut ingin memasuki rumah berkenaan.

“Letupan itu telah mengakibatkan mangsa wanita melecur di bahagian kaki serta cedera di kepala akibat terkena hentakan barang yang jatuh, manakala suaminya cedera di tangan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, mangsa wanita tersebut kini berada di zon merah, manakala suaminya dirawat di zon kuning hospital berkenaan.

Ujarnya, siasatan awal mendapati, mangsa memberitahu letupan berlaku ketika mereka membuka suis lampu di bahagian dapur.

“Sumber tenaga yang ada di situ adalah dari tong gas LPG sahaja, jadi kita percaya letupan berpunca daripada gas memasak berkenaan.

“Pemeriksaan di lokasi turut mengesan rekahan sehingga di rumah sebelah dan dua buah kenderaan jenis BMW dan Hyundai dilaporkan mengalami kerosakan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya