Tipu kedai emas: Dua suspek utama ditahan - Utusan Malaysia

Tipu kedai emas: Dua suspek utama ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua individu yang masing-masing merupakan seorang lelaki dan perempuan ditahan dipercayai suspek utama menipu urusan pembelian emas dengan menggunakan resit pembayaran secara dalam talian yang palsu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kedua-dua suspek ditahan semalam kira-kira pukul 10 pagi di Dungun, Terengganu.

Jelasnya, tangkapan ke atas suspek dibuat selepas polis menerima laporan polis berhubung kejadian tipu beli emas menggunakan resit palsu di sini. 

“Pelbagai bukti dirampas antaranya beg sandang, resit kedai emas, pelbagai jenis kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, siasatan mendapati, suspek berkenaan telah menipu dua kedai emas lain iaitu di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Jitra, Kedah. 

“Modus operandi suspek adalah mengedit resit pembayaran secara dalam talian menggunakan aplikasi PDF melalui telefon dan setelah diedit, suspek menghantar ke mangsa melalui WhatsApp sebagai bukti bayaran telah dibuat.

“Selepas itu, suspek memberitahu bayaran telah pun dibuat dan mangsa akan pos barangan yang dibeli melalui pos laju kepada suspek,” katanya. 

Mohd. Wazir berkata, kedua-dua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat dan akan direman. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.