Sultan Ibrahim kurnia X70 dan Myvi kepada pegawai dan anggota kesihatan - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim kurnia X70 dan Myvi kepada pegawai dan anggota kesihatan

PENGARAH HSA, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad (tiga dari kanan) merupakan antara pegawai dan anggota kesihatan yang menerima kurniaan kereta Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Lima pegawai dan kakitangan kesihatan adalah rakyat paling yang bertuah apabila mereka masing-masing menerima kurniaan kereta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Baginda berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan empat kakitangan Wad Diraja HSA hari ini.

Mereka melibatkan Pengarah HSA, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd. Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Sementara itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman pula masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.

Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh wakil Baginda, Dato’ Perdana Dalam, Datuk Mohamed Perang Musa.

Dalam pada itu, Dr. Mohtar berkata, beliau merasai amat bersyukur di atas kurniaan Sultan Johor sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka. 

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah duli tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat Diraja sentiasa sihat sejahtera. 

“Insya Allah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya