Suami isteri warga emas hidup serba daif - Utusan Malaysia

Suami isteri warga emas hidup serba daif

WALAUPUN berkerusi roda, Hassan tetap menjaga isterinya, Aminah yang kini terlantar di katil di kediaman mereka di Simpang Renggam, Kluang, Johor. – FOTO/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Ibu bapa mampu menjaga 10 anak, namun anak belum tentu mampu menjaga orang tua kelak.

Demikian kisah pilu yang dilalui sepasang suami isteri di Sim­pang Renggam di sini apabila terpaksa hidup dalam serba kekurangan malah dalam keadaan bergelumang dengan najis sendiri.

Ekoran tidak mampu mengu­ruskan diri, warga emas yang mahu dikenali sebagai Hassan, 80, dan isterinya, Aminah, 70, yang berkudis pada anggota badan selain kuku jari tangan dan menga­lami gangren, kini hanya mengharap simpati.

Menurut Hassan, dia yang berkerusi roda sejak tiga tahun lalu terpaksa jua mengagahkan diri menguruskan isterinya yang kini terlantar di katil.

“Isteri saya sudah setahun terlantar, dia jatuh dekat dapur menyebabkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Kluang. Selama enam bulan isteri saya berada di hospital dan hanya dibenarkan pulang ke rumah selepas sedar.

“Dia tidak boleh bergerak, saya yang menguruskan makan minum dia, lap badan dia. Itu saja yang saya mampu kerana saya pun dah tak ada daya,” luah Hassan ketika ditemui pemberi­ta di sini baru-baru ini.

Hasil perkongsian hidup, Has­san dan Aminah dikurniakan lima orang anak yang mana empat masih hidup dan seorang sudah meninggal dunia.

Jelas Hassan, hanya anak ke­dua yang tinggal di kawasan sekitar yang mengambil berat menghantar makanan setiap hari.

“Saya tak mahu menyusahkan anak-anak, mereka semua ada keluarga sendiri, anak sulung duduk dekat Perak, kedua ada dekat sini, ketiga dan keempat ada dekat Johor Bahru dan Kulai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN