Satu lagi PPS dibuka di Perak - Utusan Malaysia

Satu lagi PPS dibuka di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir dibuka di negeri ini, menjadikan keseluruhan empat PPS setakat pukul 1 tengah hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim, Matang yang dibuka pada pukul 10 pagi ini.

\Menurutnya, seramai 34 mangsa banjir daripada  10 buah keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

“Pertambahan PPS yang dibuka kepada empat buah setakat ini menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat pukul 1 tengah hari ini sebanyak 116 orang daripada 31 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tiga lagi PPS yang dibuka sejak semalam ialah di daerah Kinta (21), Sungai Manik (6) dan Larut (55). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya