Satu lagi kluster baharu ‘serang’ Johor - Utusan Malaysia

Satu lagi kluster baharu ‘serang’ Johor

R. Vidyananthan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Satu kluster baharu, Kluster Kota Kecil dikesan di negeri ini semalam dan membabitkan tiga kes wabak Covid-19 sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kes bagi Kluster Kota Kecil ini dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 15 November lalu.

Katanya, seramai 467 individu telah disaring, dengan sembilan kes telah dikesan positif dalam kluster ini dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Sebanyak 33 kes baharu yang dilaporkan semalam, iaitu 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga kes daripada Kluster Kota Kecil, lapan daripada saringan kontak rapat kes positif dan lima kes daripada lain-lain saringan Covid- 19.

“Sembilan kluster  yang masih aktif di negeri ini iaitu Kluster Kota Kecil (kluster baharu), Kluster Makmur, Kluster Kiambang, Kluster Parit Kassan, Kluster Jeri, Kluster Meldrum, Kluster Bayu, Kluster Kempas dan Kluster Padang.” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, peningkatan kes yang dilaporkan sehingga kini, disebabkan pencarian kes secara aktif dan aktiviti pengesanan yang 

dipertingkatkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengekang penularan Covid-19.

“Pemerhatian aktiviti pencarian mendapati kerap berlaku kes bergejala tidak mendapatkan rawatan dengan segera. 

” Oleh itu, jika terdapat gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan lain lagi, dapatkan rawatan segera kerana mungkin dijangkiti Covid- 19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya