Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara maya Sabtu ini - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara maya Sabtu ini

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  bagi  tahun ini akan dilaksanakan secara maya buat pertama kalinya  melalui sidang video  pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) semalam.

Menurut beliau, persidangan maya itu akan disertai para perwakilan PAT  dari seluruh negara di lokasi-lokasi yang ditetapkan. 

Katanya, Mesyuarat MPT juga memutuskan untuk mengangkat cadangan  bagi meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap  baharu ahli bersekutu Bersatu ke Persidangan Agung Tahunan 2020 itu nanti. 

“Selain merupakan wadah utama di semua peringkat, Perhimpunan  Agung Tahunan kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar  parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat MPT semalam turut membincangkan usaha-usaha  kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 dalam negara  dan hal-hal berkaitan pentadbiran serta pengurusan parti. 

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, MPT kekal menyokong penuh Belanjawan  2021 dan menyeru semua pihak untuk terus  menyokong serta mempertahankan belanjawan tersebut.

Lokasi persidangan video Perhimpunan Agung Tahunan itu yang ditetapkan adalah Hotel Savanna, Kuala Perlis untuk Perlis; pejabat Badan Perhubungan Negeri BERSATU Kedah di Alor Setar; Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas; Hotel H Elites, Kota Bharu; Hotel Raia, Kuala Terengganu dan Hotel Casaurina, Meru, Perak.

Selain itu, lokasi lain ialah Hotel Darul Makmur, Kuantan; Kelab Alam Shah, Shah Alam; Hotel Premiera, Kuala Lumpur; Pejabat BERSATU Negeri Sembilan di Seremban; Amverton Heritage Resort, Melaka; Hotel GBW 9R Johor Bahru; Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu dan Hotel Kingwood, Kuching. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.