fbpx

Pengarah Kesihatan Johor terima DMIJ

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu. Gambar: Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu merupakan antara empat individu yang menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk.

Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam hantaran terbaharu memaklumkan majlis penganugerahan berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-62 pada hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selain itu, Sultan Ibrahim berkenan DMIJ kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Salehuddin Hassan; Mejar Cina David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Avinderjit Singh Harjit Singh. 

David Wong yang juga dari keturunan Wong Ah Fook dilantik sebagai Mejar Cina di atas perkenan Sultan Johor pada September lalu.

Beliau menjalankan tugas dan bekerjasama dengan YSIJ dalam menyelaras, mengatur dan melaksanakan pengagihan kurniaan barangan keperluan makanan kepada Bangsa Johor.-UTUSAN ONLINE