MYFutureJobs untuk pekerja asing, ekspatriat dilanjut hingga 1 Januari - Utusan Malaysia

MYFutureJobs untuk pekerja asing, ekspatriat dilanjut hingga 1 Januari

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majikan dibenarkan memohon pekerja asing dan pegawai dagang melalui aplikasi MYFuture Jobs apabila tempoh dasar pengesyoran dilanjutkan sehingga 1 Januari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, polisi itu sepatutnya berkuat kuasa mulai 1 November lalu susulan keputusan mesyuarat jemaah Kabinet pada 4 Jun lepas.

Bagaimanapun, sejak pengumuman itu dibuat, kementeriannya menerima pelbagai makluim balas daripada majikan yang memohon pengecualian berkaitan dengan syarat-syarat khusus.

“Ini meliputi pengiklanan dan temuduga sebagai prasyarat permohonan bagi penggajian pegawai dagang kategori EP1 termasuk jawatan utama dan pembaharuan kontrak,” jelas beliau.

Dasar yang diperkenalkan itu ujar beliau, sebenarnya bertujuan mengutamakan bakat tempatan dan menjadi faktor utama untuk menyumbang kepada transformasi pasaran buruh negara.

Namun, pada masa sama, kementerian itu peka dengan permintaan dewan-dewan perniagaan dan pihak industri untuk pertimbang kelulusan secara automatik tanpa melalui syarat tersebut.

Mereka kata Saravanan, merayu agar penggajian ekspatriat tidak perlu mengiklankan jawatan kosong dan hanya mengemukakan maklumat pasaran buruh kepada kementerian berkenaan

“Justeru, kementerian saya akan bekerjasama dengan pihak kementerian berkaitan untuk bincang syarat kelulusan automatik dan mekanisme pelaksanaan yang berkesan,” tegas beliau.

Garis panduan yang dihasilkan daripada sesi libat urus ini katanya, akan dibentangkan untuk maklum balas daripada semua dewan perniagaan dan pihak industri sebelum dilaksanakan.

Sebelum dasar itu dikuatkuasakan tahun depan, beliau menggesa majikan agar mengiklankan kekosongan jawatan melalui MYFutureJobs bagi pengambilan tenaga kerja warga tempatan.

“Majikan wajar memberi sokongan untuk usaha ini malah portal ini ada perkhidmatan tambah nilai termasuk padana resume dengan semuanya disediakan secara percuma,” kata beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya