MN guna Langkah Semenyih tawan semula Selangor - Utusan Malaysia

MN guna Langkah Semenyih tawan semula Selangor

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Muafakat Nasional (MN) Selangor akan menjadikan ‘Langkah Semenyih’ sebagai semangat utama bagi menawan semula negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pendekatan itu berlandaskan kejayaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Mac tahun lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu membuktikan pengundi termasuk bukan Melayu kini turut sudah mula memberi sokongan kepada MN.

“Kita kini perlu menarik pengundi bukan Melayu sekurang-kurangnya 20 peratus dan mengekalkan 51 peratus pengundi Melayu untuk menyokong MN.

“Antara punca UMNO kalah adalah undi orang Melayu berpecah kepada tiga termasuk melibatkan Pakatan Harapan. Sudah tiba masanya pengundi Melayu tidak lagi boleh berpecah sekaligus memastikan kemenangan pada PRU-15,” katanya.

Terdahulu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menerima permohonan menyertai UMNO daripada bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang, Mohd. Azmil Misman dan bekas Ketua Srikandinya, Hanisa Rojil. 

Untuk rekod, pada PRK DUN itu, BN menerusi calonnya, Zakaria Hanafi menang selepas meraih 19,780 undi menewaskan PH (17,866) Parti Sosialis Malaysia (847) dan Bebas (725).

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd. Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada PRU-14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya