Minyak mentah dari enjin kapal punca pencemaran - Utusan Malaysia

Minyak mentah dari enjin kapal punca pencemaran

PARA sukarelawan bertungkus lumus membersihkan Pantai Cermin, Port Dickson yang dicemari tumpahan minyak tidak lama dulu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sampel pencemaran yang diambil daripada kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin dekat Port Dickson yang berlaku pada 12 Oktober lalu merupakan minyak mineral mentah yang disahkan berpunca daripada minyak enjin kapal.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, keputusan sampel tersebut diterima pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan pada 23 Oktober lalu hasil laporan kimia yang diberikan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

“JAS Negeri Sembilan sudah dapat keputusan analisa dari Jabatan Kimia Malaysia dan ia telah diserahkan pula kepada pihak Jabatan Laut. Jabatan Laut kemudian akan memeriksa setiap kapal yang lalu di sana untuk pastikan punca itu daripada kapal yang mana.

“Ia merupakan minyak enjin kapal, Jabatan Laut tengah melakukan siasatan dan akan maklumkan bila sudah dapat keputusan kapal mana yang terlibat, setakat ini ia belum diketahui. Jabatan Laut ada senarai semua kapal yang melalui kawasan perairan di situ termasuk kapal-kapal yang berlabuh,” katanya.

Kejadian tumpahan minyak tersebut menyebabkan pencemaran berlaku sepanjang dua kilometer di Pantai Cermin termasuk kawasan Tanjung Tuan.

Sementara itu, menurut Veerapan, Pantai Cermin telah mula dibuka kembali kepada pengunjung selepas ia ditutup selama dua minggu sebelum ini untuk kerja-kerja pembersihan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya