fbpx

Mangsa banjir di Perak catat penurunan

SEKUMPULAN kanak-kanak bermain air banjir di Jalan Bagan Serai-Selama hari ini. -UTUSAN/ WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini mencatat penurunan daripada 736 orang pagi tadi kepada 194 orang sehingga pukul 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, hanya dua PPS dibuka setakat petang ini berbanding enam PPS pagi tadi.

Menurutnya, PPS yang dibuka ialah di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai melibatkan 152 mangsa daripada 63 keluarga.

“Sebuah lagi PPS ialah PPS SRAR Ngah Ibrahim, Matang  melibatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga,” katanya.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatat bilangan tertinggi sehingga pukul 6 pagi tadi dengan 736 orang di enam buah PPS.

Namun, beberapa PPS kemudiannya ditutup ekoran keadaan banjir semakin pulih antaranya PPS Masjid Toh Paduka Ijok, Larut yang menempatkan 364 mangsa, tutup pada pukul 10.30 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE