Malaysia kutuk serangan bersenjata di Austria - Utusan Malaysia

Malaysia kutuk serangan bersenjata di Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk keras siri serangan bersenjata yang berlaku di enam lokasi berbeza di ibu kota Austria, Vienna lewat semalam dan meragut banyak nyawa.

Wisma Putra bagaimanapun menyatakan tiada rakyat Malaysia yang terlibat setakat ini dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Kami menzahirkan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan berharap penyerang tersebut dapat segera dihadapkan ke muka pengadilan,” jelasnya.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Vienna melalui telefon 00-43-1-5051042 atau e-mel [email protected].

Media tempatan melaporkan, tujuh orang maut dalam insiden serangan berdarah di enam kawasan berlainan termasuk berhampiran sebuah rumah ibadat Yahudi di pusat bandar.

Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig mengesahkan 17 orang cedera dengan tujuh parah, manakala Canselor Austria, Sebastian Kurz menyifatkan ia sebagai tindakan pengganas.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Austria, Karl Nehammer berkata, seorang penyerang masih lagi bebas dan usaha pemburuan sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa di negara itu.

Ia bermula pukul 8 malam waktu tempatan 2 November (3 pagi waktu Malaysia 3 November) dengan seorang penyerang yang hanya dikenali sebagai Kurtin, 20, berjaya ditembak mati.

Suspek yang berasal dari Vienna namun berketurunan Albania, merupakan antara 90 warga Austria pernah disiasat perisikan Jerman kerana ada rekod ke Syria menyertai militan Daesh. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya