MAFI peruntuk RM1.5 juta bantu nelayan - Utusan Malaysia

MAFI peruntuk RM1.5 juta bantu nelayan

CHE Abdullah Mat Nawi (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd. Nawawi Che Soh yang ditimpa musibah selepas rumahnya terbakar di Kampung Besut, Tumpat, Kelantan hari ini. - YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM1.5 juta tahun ini bagi membela nasib golongan nelayan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga hari ini sebanyak RM800,000 telah dibelanjakan bagi membantu golongan berkenaan.

Menurutnya, peruntukkan itu meliputi sumbangan kebajikan dan bantuan segera kepada golongan nelayan yang ditimpa musibah atau bencana.

“Ini adalah salah satu bentuk bantuan kerajaan kepada golongan nelayan yang turut memainkan peranan dalam memastikan bekalan bahan mentah terutama hasil laut sentiasa cukup.

“Tanpa sumbang golongan kita tidak dapat menikmati keenakan makanan laut,” katanya selepas menyampaikan bantuan bencana kepada nelayan, Mohd. Nawawi Che Soh di Kampung Besut, di sini hari ini.

Mohd. Nawawi ditimpa musibah apabila dia dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar pada 5 Oktober lalu.

Che Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat, setakat ini sejumlah RM100,000 telah dihulurkan kepada golongan nelayan Kelantan yang berdepan musibah atau bencana.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, semua agensi di bawah MAFI sudah bersiap seda untuk menghadapi musibah banjir terutama di negeri-negeri Pantai Timur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya