Kuala Terengganu bebas hawar berdarah - Utusan Malaysia

Kuala Terengganu bebas hawar berdarah

Mohd. Termizi Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Daerah ini diisytiharkan bebas penyakit hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) bermula semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Mohd. Termizi Ghazali berkata, tiada kematian terbaharu direkodkan akibat hawar berdarah di Kuala Terengganu selepas kali terakhir dicatatkan pada 28 September lalu.

Katanya, penyakit itu mula dikesan di Kuala Terengganu pada awal bulan bulan sama ekoran kematian 58 kerbau di samping dua lembu milik dua penternak.

“Hanya tiga daerah di Terengganu yang merekodkan penyakit hawar berdarah pada tahun ini iaitu Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Selain daerah ini, Marang turut diisytiharkan bebas wabak hawar berdarah pada 2 September lalu manakala Kuala Nerus pada Selasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Termizi, bagi daerah Marang sebanyak 17 lembu dan 22 kerbau dilaporkan mati akibat penyakit itu manakala di Kuala Nerus pula, kematian awal dikesan pada 30 September melibatkan empat penternak dan 15 lembu.

Dalam pada itu, katanya, usaha pemvaksinan  yang dijalankan JPV setakat ini membabitkan sebanyak 14,179 ternakan di seluruh Terengganu.

“Kita minta penternak untuk segera mendapatkan suntikan vaksin untuk ternakan masing-masing bagi mencegah risiko wabak berulang semula kerana musim panas dan hujan berisiko menyebabkan serangan hawar berdarah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.