Bapa tiri didakwa amang seksual fizikal anak lelaki - Utusan Malaysia

Bapa tiri didakwa amang seksual fizikal anak lelaki

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaliah Abd. Manap.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan amang seksual fizikal ke atas anak lelaki tirinya yang kini berusia 17 tahun antara 3 Oktober hingga 13 Oktober 2025, di sebuah rumah di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membabitkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fitrah Safar manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), JG Kaameni.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan atas faktor keselamatan memandangkan tertuduh dan mangsa tinggal serumah, namun peguam memohon jaminan dengan kadar minimum berikutan tertuduh merupakan pencari nafkah keluarga.

Tambahnya, kes itu dilaporkan pada Disember tahun lalu dan sepanjang kira-kira sembilan bulan ini tidak berlaku sebarang isu keselamatan antara mangsa dan tertuduh termasuk pengadu yang juga isteri tertuduh.

“Pengadu pula menarik balik laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa pada 12 Januari 2026, selain tertuduh juga hadir ke mahkamah dengan ditemani isteri,” katanya.

Bagaimanapun, Hakim Jamaliah memutuskan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan tarikh 22 Oktober ditetapkan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×