Ku Li tinggalkan dewan sebelum belanjawan lulus - Utusan Malaysia

Ku Li tinggalkan dewan sebelum belanjawan lulus

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesemua 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) nampaknya sebulat suara menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat semalam meskipun sebelum ini wujud dakwaan terdapat gerakan untuk menolak belanjawan.

Sokongan turut diperoleh daripada Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) yang sebelum ini menyatakan tidak akan hadir sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ini kerana ketika undian secara belah bahagi dicadangkan, hanya 13 ahli Parlimen pembangkang yang bangun menyokong, rata-ratanya merupakan wakil rakyat daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pegawai kepada Tengku Razaleigh ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu hadir ke Dewan Rakyat semalam tetapi telah meninggalkan persidangan sebelum Belanjawan 2021 diluluskan.

“Ya Ku Li datang ke Parlimen semalam. Tetapi beliau beredar sebelum sesi undian,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk menjelaskan cadangan berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berhubung usul undi tidak percaya adalah satu keputusan yang salah.

Tengku Razaleigh juga pada minggu ini mengutus surat bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 220 ahli Parlimen. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya