Klinik Kesihatan Benut dibina sejak 2012 mula beroperasi Disember

Klinik Kesihatan Benut dibina sejak 2012 mula beroperasi 15 Disember ini

AHMAD Maslan (empat dari kanan) mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Benut, Pontian hari ini. - FOTO/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penantian 20,000 penduduk bandar Benut lebih lapan tahun untuk mendapatkan kemudahan kesihatan berhampiran akhirnya tercapai apabila Klinik Kesihatan Benut terletak di Jalan Jaafar dijangka beroperasi bermula 15 Disember ini.

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr. Surina Asan berkata, klinik dua tingkat itu menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti pesakit luar, klinik ibu dan anak serta klinik pergigian.

“Selain itu, turut dibina 16 unit kuarters setinggi lima tingkat bagi menempatkan pegawai dan kakitangan yang bertugas di klinik tersebut selain kemudahan 70 petak meletak kenderaan untuk orang awam.

“Kos asal pembinaanya ialah sebanyak RM20 juta, manakala kos oleh kontraktor penyelamat sebanyak RM3.9 juta yang mengambil alih projek tersebut pada April tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima lawatan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di sini hari ini.

Pembukaan klinik kesihatan itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya orang ramai apabila projek yang mula dibina pada 2012 sepatutnya siap tiga tahun kemudian, namun masih belum beroperasi sehingga hari ini.

Sementara itu, Ahmad menyambut baik pembukaan klinik tersebut bagi kemudahan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan ketika negara kini masih berhadapan dengan Covid-19.

Menurut beliau, ianya akan dapat mengurangkan masa mereka yang datang dari mukim Benut, mukim Sungai Pinggan serta penduduk yang tinggal bersempadan dengan daerah Pontian.

“Ini secara tidak langsung dapat memudahkan penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan tanpa perlu ke Klinik Kesihatan Pontian mahupun Klinik Kesihatan Pekan Rengit atau Klinik Kesihatan Simpang Renggam yang terletak amat jauh dari sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya