Kes Covid-19 Johor terus meningkat - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 Johor terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Jumlah jangkitan Covid-19 di negeri ini terus meningkat apabila merekodkan 30 kes pada hari ini.

Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam hantaran memaklumkan, Johor Bahru adalah daerah tertinggi jangkitan Covid-19 iaitu dengan sebanyak 12 kes.

“Selain itu, diikuti daerah Batu Pahat dengan 11 kes manakala Kulai dan Kota Tinggi masing-masing empat dan tiga kes.

“Sementara itu terdapat 20 kes sembuh dicatatkan pada hari ini,” kata hantaran tersebut hari ini.

Sehingga semalam, terdapat 19 kes Covid-19 di Johor iaitu lima kes daripada kluster sedia ada manakala sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan lima kes daripada lain-lain saringan.

Angka itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 1,119 kes manakala 952 kes telah pulih selain 132 kes aktif yang kịni diberikan rawatan di hospital. 

 Johor merupakan antara negeri yang ditamatkan lebih awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari tarikh 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun beberapa dua daerah seperti Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.