Kerana cincin, jari patah dan kulit tersiat - Utusan Malaysia

Kerana cincin, jari patah dan kulit tersiat

KEADAAN jari mangsa yang mengalami kecederaan patah jari dan kulit tersiat selepas cincin dipakainya tersangkut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerana cincin, seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama kira-kira 30 minit selepas jari manisnya patah manakala kulitnya pula tersiat.

Mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan itu selepas cincin yang dipakainya tersangkut ketika ingin turun daripada sebuah lori.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan Wad Kecemasan Hospital Sultan Ismail pada pukul 3.39 petang, hari ini.

Menurutnya, 12 anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dikejar ke lokasi.

“Anggota mendapati kejadian berkenaan telah menyebabkan jari manisnya patah, selain kulitnya tersiat selepas cincin dipakainya tersangkut ketika mangsa mahu turun dari lori.

“Sehubungan itu, anggota telah menggunakan satu alat pemotong khas untuk memotong cincin berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 4.34 petang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.