Kami tak setuju - Tajuddin - Utusan Malaysia

Kami tak setuju – Tajuddin

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak bersetuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan pihak pembangkang.

Perkara tersebut ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyifatkan perjanjian tersebut tidak rasional.

Malah katanya, DAP sendiri tidak pernah memberi apa-apa kepada UMNO sewaktu 22 bulan memerintah negara bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kami tidak bersetuju. Kenapa pula perlu beri pada mereka? Itu hanya ‘membunuh’ kami.

“Dulu masa mereka memerintah, mereka tidak beri pun pada kita. Apa yang mereka beri dulu, sekarang kita beri balik pada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama beberapa Majlis Tertinggi UMNO hadir dalam mesyuarat khas di Menara Dato Onn.

Dalam pada itu, Tajuddin tidak pasti berapa jumlah yang diminta DAP dalam Belanjawan 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya