Jual data pelanggan: seorang lagi direman SPRM - Utusan Malaysia

Jual data pelanggan: seorang lagi direman SPRM

BEKAS ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tahanan itu sekali gus menjadikan jumlah penahanan reman berkaitan kes berkenaan seramai 17 orang.

Menurut sumber, suspek perempuan berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 11 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 22 November ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sementara itu, seramai tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang pegawai syarikat telekomunikasi dibebaskan dengan jaminan hari ini.

Difahamkan, mereka yang terlibat dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan pelan prabayar.

Tambah sumber, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Kata sumber lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya