Johor kenal pasti sumber baharu - Utusan Malaysia

Johor kenal pasti sumber baharu

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti beberapa langkah dan sumber baharu bagi menampung hasil-hasil yang terjejas pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu ekoran hasil kerajaan berkurangan susulan pelaksanaan pelbagai insentif ‘pro rakyat’ antaranya pemberian rebat cukai tanah berjumlah RM 204.89 juta.

Katanya, antara langkah tersebut adalah Badan Kawalselia Air Johor akan meningkatkan bayaran lesen, kompaun dan denda di dalam Enakmen Air 1921.

“Selain itu Jabatan Perhutanan Negeri dalam perancangan untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan haram serta menambah hasil daripada aktiviti rekreasi di kawasan tersebut.

“Ketiga adalah kerajaan negeri sedang mengkaji semula Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 bagi memastikan kutipan hasil dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi tiga soalan yang dikemukakan Dr. Faizul Amri Adnan (PH-Serom), K.Raven (BN-Tenggaroh) dan Abd. Taib Abu Bakar (BN-Machap) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Hasni menambah, selain itu terdapat beberapa punca hasil baharu yang sedang dalam peringkat penelitian jabatan-jabatan sebelum ia diputuskan di peringkat kerajaan.

“Hasil tersebut dijangka dapat dikutip pada tahun depan dengan anggaran kutipan sebanyak RM70 juta.

“Perbendaharaan Negeri Johor juga telah menyusun strategi dalam usaha meningkatkan kutipan hasil bagi menampung kekurangan hasil.

“Antaranya adalah meningkatkan kecekapan kutipan, mengelakkan ketirisan, memantapkan pemantauan serta mengoptimumkan penggunaan teknologi,” katanya.

Hasni berkata, Perbendaharaan Negeri turut akan memberi fokus kepada mengurangkan tunggakan hasil kerana ia turut membantu kerajaan dalam meningkatkan hasil.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya