Ibu bapa bangga Nicholester meninggal dalam tugas - Utusan Malaysia

Ibu bapa bangga Nicholester meninggal dalam tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Unggat, ibu bapa mediang amat bangga kerana anak mereka maut ketika menjalankan tugas.

Perkara dimaklumkan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd. Rahman ketika prosiding pendakwaan terhadap suspek utama kejadian di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut beliau, kakak mangsa, Elizcavelynicy Unchi Unggat memberitahu, kejadian berlaku itu merupakan kehilangan besar buat mereka sekeluarga.

“Mendiang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, selain turut memiliki dua adik beradik tiri. Mendiang juga turut menghantar wang belanja secara bulanan buat keluarganya.

“Walaupun bersedih, namun kedua ibu bapa tetap berasa bangga kerana mendiang maut ketika menjalankan tugas, berkhidmat untuk masyarakat,” katanya di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman.

Sementara itu, suspek utama yang merupakan pemandu Perodua Myvi yang mengakibatkan kemalangan maut berkenaan, Mohamad Shafiq Lokman, 25, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM30,000.

Dalam kejadian itu,  Nicholester maut manakala rakan setugas Lans Koperal Mohd. Fadhirul Musa, 32, cedera parah selepas kereta peronda MPV polis dinaiki mereka terlibat kemalangan sewaktu mengejar sebuah Perodua Myvi.

Sementara itu, Tengku Amir Zaki turut memberitahu mahkamah seorang lagi mangsa, iaitu Mohd. Fadhirul yang merupakan pemandu kereta peronda MPV dalam kejadian itu masih dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Menurutnya, mangsa dilaporkan bakal menjalani pembedahan di bahagian mulut dan sebahagian mulanya untuk memasang pendakap bagi membolehkan bernafas secara normal seperti sebelum ini.

“Pada ketika ini, tahap kesedaran mangsa masih rendah kerana pendarahan di kepala dan memerlukan tempoh antara tiga atau empat bulan untuk sembuh,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya