Gangguan bekalan air di Kemaman mulai semalam hingga 5 Disember

Gangguan bekalan air di Kemaman mulai semalam hingga 5 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4,500 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) di enam kawasan di Kemaman dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selama lapan hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Ir. Atemin Sulong berkata, gangguan yang bermula sejak semalam hingga 5 Disember itu membabitkan Cherul, Neram, Jenang, Perasing, Sungai Pergam dan Hulu Jabor.

Katanya, orang ramai di kawasan tersebut akan mengalami tekanan air rendah atau terputus bekalan terutama pada waktu puncak.

“Gangguan dijangka pulih pada 5 Disember ini bergantung kepada paras air Sungai Cherul.

“Sehubungan itu, Satu akan mengerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki kepada pengguna yang terlibat di samping meletakkan tangki-tangki statik di lokasi ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Atemin, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah dan menyimpan air secukupnya. 

Katanya, untuk maklumat lanjut hubungi talian Care Line 1-300-882-111 atau 09-6201111. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN