Dua hotel di Seremban tempatkan pesakit Covid-19 pekerja asing - Utusan Malaysia

Dua hotel di Seremban tempatkan pesakit Covid-19 pekerja asing

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kawalan terhadap pesakit Covid-19 dalam kalangan warga asing di Negeri Sembilan akan diperketatkan termasuk menempatkan mereka di dua buah hotel di bandar ini yang dijadikan sebagai pusat kuarantin khas.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga kini, seramai 600 pekerja asing sedang dikuarantin di dua buah hotel berkenaan.

“Alhamdullilah, untuk kes pekerja kilang saya nampak ada perubahan yang baik dan kami menerima arahan menempatkan pekerja asing di kawasan perumahan, kini ia telah dibuat di peringkat kerajaan Persekutuan dan dibawa kepada kerajaan negeri, ia dalam peringkat untuk kita memuktamadkan.

“Buat masa ini, kes-kes pekerja kilang di tempatkan di hotel dan asrama mereka. Kalau serius, mereka dihantar ke hospital manakala bagi majikan yang mampu mereka telah meletakkan pekerja asing yang terlibat di dua buah hotel di Seremban manakala yang lain dikuarantin di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri telah mewujudkan sebuah portal bagi memudahkan rakyat negeri ini memohon bantuan dan insentif yang disediakan.

“Kerajaan negeri hari ini telah membangunkan sebuah portal n9.digital khusus bagi membantu mempermudahkan urusan rakyat dalam memohon bantuan melalui kerajaan negeri.

“Jika sebelum ini, rakyat perlu mencari, mengisi borang serta menghantar borang dokumen sokongan secara manual namun melalui portal ini rakyat boleh memohon dengan menggunakan telefon pintar bagi sebarang bantuan dan insentif yang ada,” katanya.

Menurut Aminuddin, pelajar-pelajar juga boleh membuat permohonan bantuan kewangan untuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) melalui portal berkenaan.

“Kami akan mulakan portal ini dengan permohonan bantuan kewangan IPT. Pelajar boleh memohon melalui portal ini dengan menggunakan telefon pintar mereka. Skim bantuan dan inisiatif lain juga akan ditambah dan dikemaskini dalam masa terdekat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya