Bayi perempuan masih hidup ditemukan dalam beg sandang  - Utusan Malaysia

Bayi perempuan masih hidup ditemukan dalam beg sandang 

BAYI perempuan yang ditemukan dalam beg di kawasan perumahan di Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penduduk di Blok 47, Paya Terubong di sini gempar dengan penemuan bayi perempuan ditinggalkan di atas peti surat aras bawah perumahan itu tengah hari ini.

Bayi yang masih hidup itu ditemukan dalam keadaan dibaluti tuala putih dan diletakkan dalam beg sandang yang dibalut beg plastik kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu disedari  salah seorang penghuni di situ  selepas ternampak objek bergerak di dalam beg plastik selain bahagian kepalanya terbonjol keluar.

“Sebaik sahaja menghampiri beg itu, penduduk berkenaan melihat  bayi tersebur dalam keadaan masih bernyawa di dalam bungkusan plastik bersama satu lagi beg sandang.

“Bayi yang masih bertali pusat itu berada dalam keadaan kesejukan dan badannya masih basah seperti baru dilahirkan. 

“Penduduk kemudiannya memberinya minum susu dan memakai lampin pakai buang serta baju sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN