Ahmad Maslan tarik diri Ahli PAC - Utusan Malaysia

Ahmad Maslan tarik diri Ahli PAC

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan menarik diri sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Ahmad, beliau memutuskan menarik diri bukan disebabkan Pengerusi PAC adalah daripada Ahli Parlimen DAP, namun atas komitmennya sebagai Setiausaha Agung UMNO.

“Banyak mesyuarat PAC yang tidak akan dapat saya hadiri nanti dan ini tidak adil.

“Pengganti saya dan Tan Sri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjung Karang) nanti adalah Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman. Speaker sudah dimaklumkan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Pada 3 November lalu, 12 Ahli Parlimen dilantik sebagai Ahli PAC yang baharu dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada DAP.

Antara yang dilantik adalah Ahli Parlimen mewakili UMNO adalah Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu).

Namun sehari kemudian, Noh mengumumkan menarik diri daripada menganggotai PAC berkuat kuasa serta-merta kerana ingin memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.