'Kami berdoa dalam hati' - Shariman - Utusan Malaysia

‘Kami berdoa dalam hati’ – Shariman

SHARIMAN menunjukkan gambar adiknya, T. Norihan yang cedera parah ditembak penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand ketika ditemui di Perkampungan Orang Asli Ibam di Bera, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Keluarga anggota Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal T. Norihan, 39, yang cedera parah ditembak selepas bertempur dengan lebih 13 penyeludup dari Thailand kelmarin berharap anak kedua daripada lima adik beradik itu supaya segera sembuh. 

Abang sulungnya, Shariman, 41, berkata, ahli keluarganya terutama ayah, G. Tari, 60, dan ibunya, A. Nokmah, 58, sangat terkejut apabila mendapat berita Norihan parah ditembak. 

Jelasnya, ketika ini mereka yang berfahaman Ateisme hanya mampu ‘berdoa dalam hati’ supaya Norihan cepat sembuh tanpa sebarang kecacatan.

“Norihan satu-satunya ahli keluarga kami yang bekerja dengan kerajaan, dia seorang pendiam tetapi menjadi harapan keluarga kerana sering  menyumbang perbelanjaan kepada keluarga.

“Sebagai keluarga orang asal etnik Semalai, pendapatan kami sangat sederhana. Dengan sumbangan duit bulanan dari Norihan dapat meringankan beban kewangan keluarga kami,” katanya kepada ketika ditemui pemberita di Perkampungan Orang Asli Ibam di sini semalam. 

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Norihan yang parah dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand disahkan stabil.

Abdul Hamid berkata, tiga butir peluru menembusi badan mangsa mengakibatkan ususnya bocor.

Dalam kejadian berkenaan, seorang lagi anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut.

Shariman berkata, adiknya itu bekerja di PGA lebih 10 tahun dan menjadi kebanggaan keluarga dan etnik Semelai Kampung Orang Asli Ibam. 

“Kami berjumpa kali terakhir pada 24 Oktober lalu apabila Norihan pulang bercuti di sini. Namun dia tidak pernah bercerita tentang kerjayanya,” katanya yang memaklumkan ayah dan ibunya bekerja sebagai peneroka di Felda Kumai di sini.

Jelasnya, dia yakin Norihan yang mempunyai semangat juang kental dapat melawan kesakitan dialami dan kembali sembuh untuk kembali berkhidmat kepada negara. 

Beliau dalam pada itu berkata, Norihan mempunyai isteri dan dua anak yang tinggal di Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Beranang, Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya