800 penghuni Kampung Lukut jalani ujian Covid-19 - Utusan Malaysia

800 penghuni Kampung Lukut jalani ujian Covid-19

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Lukut yang menjalani ujian pengesanan Covid-19 di Dewan Semerah Padi, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Kira-kira 800 penduduk di Kampung Lukut telah menjalani ujian pengesanan Covid-19 yang diadakan di Dewan Semerah Padi di sini hari ini.

Seorang penduduk, Sharudin Abd. Rashid, 45, berkata dia menerima makluman berhubung ujian itu oleh pihak pengurusan kampung sebelum ia disebarkan melalui platform kumpulan Whatsapp kampung.

“Situasi di dewan berjalan dengan lancar semua penduduk memberi kerjasama. Sejak dari pagi tadi nombor giliran sudah cecah 500 orang.

“Saya pergi empat beranak. Tengah hari kami diminta pulang ke rumah dahulu sebelum diminta datang semula pukul 2.30 untuk sambung melakukan ujian tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi,  tidak dinafikan terdapat rungutan para penduduk yang beratur untuk menunggu giliran ekoran cuaca yang panas pada tengah hari.

Katanya, namun keadaan itu terkawal selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Hahasrin Hashim menyumbangkan sebuah khemah sebagai tempat berteduh penduduk yang menunggu giliran.

Bagi seorang lagi penduduk Afzainizam Kastari, 48, berkata dia dan ahli keluarganya merupakan antara penduduk yang terlibat.

“Bagaimanapun kami berdoa semoga semuanya selamat dan dijauhkan dari wabak ini. Kami di kampung ini sedar bahawa kami sedang dalam ujian dan dugaannya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN