7,974 PATI ditahan Op Benteng - Utusan Malaysia

7,974 PATI ditahan Op Benteng

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 7,974 pendatang asing tanpa izin (PATI),  775 tekong dan 330 penyeludup telah ditahan melalui Operasi Benteng yang dilaksanakan pasukan keselamatan negara sejak 1 Mei sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 217  bot atau kapal selain 847 kenderaan berjaya dirampas dalam operasi berkenaan. 

“Bagi tempoh semalam sahaja, operasi ini telah berjaya menahan 46 PATI serta berjaya merampas empat kenderaan darat melalui 300 sekatan jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menahan 381 individu atas  kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan seramai 372 individu telah dikompaun manakala sembilan individu pula direman.

Katanya, antara kesalahan itu ialah tidak memakai pelitup muka (151), premis gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran  pelanggan (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (37), parti persendirian (26), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (24), aktiviti pusat hiburan (sembilan) dan lain-lain kesalahan (68).

“Semalam, sebanyak 2,396 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan terdiri daripada 10,799 anggota telah melakukan 38,910 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara,” katanya. 

Ismail Sabri turut memberitahu, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 59,966 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. 

“Daripada jumlah itu, seramai 9,779 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 65 hotel dan 19 premis lain  manakala 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan selain 49,806 individu dibenarkan pulang ke rumah. 

“Semalam, seramai 385 orang telah  pulang ke tanah air melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2) dari pelbagai negara dan daripada jumlah itu seramai 384 orang telah dikuarantin dan seorang telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya