350 keluarga terima sumbangan MRM - Utusan Malaysia

350 keluarga terima sumbangan MRM

Firdaus Wong Wai Hung menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk PPR Hiliran Ampang, petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 350 keluarga dalam kategori B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang menerima bantuan daripada Multiracial Reverted Muslim (MRM) hari ini.

Menurut Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung, MRM mendapat kerjasama daripada Foodbank MyKampung Fresh Mart dalam usaha tersebut.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana sekali lagi memberi peluang untuk MRM dan Fresh Mart untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kali ini kami diminta oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk membantu 350 keluarga di perumahan tersebut.

“Antara bantuan yang diberikan termasuk beras dan barangan keperluan asas yang diharapkan boleh meringankan serba sedikit beban mereka,” katanya.

Menurut Firdaus lagi, pihaknya juga menberikan saguhati wang tunai kepada 30 anggota APM yang bertugas sebagai penghargaan.

“Ia adalah sebagai penghargaan untuk pengorbanan mereka sejak awal perlaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang.

“MRM sentiasa menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa seperti APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Keselamatan Negara, Kementerain Kesihatan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kelancaran setiap projek kebajikan yang dilaksanakan,” katanya.

Mereka yang ingin turut menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun maybank Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor nombor 5648 1052 035.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN