SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hanya membenarkan individu yang membuat temu janji dibenarkan berurusan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Setiausahanya, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pendekatan itu bagi tujuan keselamatan dan pencegahan penularan Covid-19 yang semakin meningkat khususnya di negeri ini.
“Orang ramai yang mempunyai urusan dengan MAIS perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Hanya mereka yang berbuat demikian sahaja dibenarkan membuat urusan.
“Temu janji ini diguna pakai sepanjang PKPB yang bermula hari ini hingga 27 Oktober ini.
“Orang ramai yang mahu membuat temu janji boleh menghubungi talian yang disediakan mengikut jabatan atau menghantar permohonan ke [email protected],” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Berikut perkhidmatan yang disediakan beserta nombor telefon untuk dihubungi:
– Pengurusan Wasiat, Hibah, Harta Pusaka dengan perkara berkaitan Baitulmal (019-3830032/019-2661404 / 03-55143772/3772 / 3773)
– Sewaan Hartanah (019-2302040/019-2640631/03-5514 3400 ext 2187)
– Bahagian Pendaftaran Muallaf (014-3245146/03-33614000)
– Bahagian Pemulihan Ar-Riqab (019-2646277/03-33614088/03-33614080)
– Bahagian Kewangan (019-6664123/03-55143753/03-5514271
– Unit Guaman Syarie – Nasihat Perundangan Syariah & Permohonan Bantuan Guaman Syarie (03-55143643)










