Muafakat UMNO dan Pas didaftar secara rasmi - Utusan Malaysia

Muafakat UMNO dan Pas didaftar secara rasmi

ABDUL Hadi Awang (dua dari kanan) dan Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) penggerak kerjasama Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO dan Pas bersetuju mendaftarkan kedua-dua parti itu secara rasmi di bawah Muafakat Nasional (MN) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Ros).

Perkara tersebut disahkan setiausaha agung kedua-dua parti Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memperincikan maklumat lanjut berkaitan langkah berkenaan.

“Kepimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRU-I5 yang akan datang,” katanya hari ini.

Keputusan itu dibuat walaupun kedua-dua parti menanguhkan mesyuarat jawatankuasa perunding MN malam tadi atas alasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.-UTUSAN ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.