Tiga pengurus syarikat direman kemuka butiran palsu RM8.1 juta - Utusan Malaysia

Tiga pengurus syarikat direman kemuka butiran palsu RM8.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pengurus syarikat direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan butiran palsu permohonan pembekalan makanan  di negeri ini bernilai RM8.1juta.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong  Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md. Saad di sini hari ini.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 29 hingga 57 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu antara pukul 4 petang hingga 8 malam, semalam.

Mereka dipercayai mengemukakan dokumen permohonan yang mempunyai butiran palsu semasa menyertai proses tender sebuah kementerian. 

Perolehan bagi ketiga-tiga tender itu dikatakan berjumlah RM2.7 juta setiap satu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN