Terdedah individu positif Covid-19, Hajiji kuarantin diri - Utusan Malaysia

Terdedah individu positif Covid-19, Hajiji kuarantin diri

HAJIJI NOOR

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil keputusan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana Hajiji didapati terdedah dengan individu disahkan positif Covid-19.

“Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sekiranya mesyuarat perlu diadakan, semuanya dibuat melalui sidang video,” katanya.

Tiga daerah di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai mulai esok ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN