fbpx

25 Jun 2022, 4:29 pm

  TERKINI

Taburan paku atas jalan raya cetus kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Tindakan pihak tertentu yang sengaja menaburkan paku atas jalan raya menghala Air Terjun Kota Tinggi menimbulkan kegusaran orang ramai kerana perbuatan itu boleh meragut nyawa ekoran kejadian nahas jalan raya.

Perbuatan itu tular di media sosial sekali gus netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan tersebut.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook memaparkan gambar paku-paku yang berjaya dikutip seorang pengguna laluan berkenaan.

Kata pemilik akaun tersebut, paku-paku yang dijumpai itu juga didakwa masih baharu dan boleh memudaratkan keselamatan pengguna jalan.

Dia kemudian langkah mengutip paku itu bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian tidak diiingini berlaku.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, setakat ini pihak polis masih belum ada menerima sebarang laporan polis berkait hal kejadian. 

Namun katanya perkara tersebut akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan sewajarnya.

“Perkara ini akan dilaporkan kepada pihak Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) untuk tindakan pembersihan di lokasi.

“Ia bagi memastikan keselamatan pengguna kenderaan dijalanraya tersebut terhindar dari musibah yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rata-rata nitizen turut berharap kepada mereka yang mempunyai keperluan menggunakan laluan itu pada waktu malam dan siang agar lebih berhati-hati demi untuk keselamatan diri. -UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI