Sumbangan 200,000 sarung tangan untuk barisan hadapan - Utusan Malaysia

 Sumbangan 200,000 sarung tangan untuk barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 200,000 helai sarung tangan getah perubatan disumbangkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, sebahagian besar sumbangan itu merupakan hasil tajaan daripada syarikat YTY dan Top Glove.

Daripada jumlah tersebut, ujar beliau, sebanyak 150,000 helai sarung tangan diserahkan kepada hospital di seluruh Sabah yang diterbangkan dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Majlis Getah Malaysia (MRC), iaitu agensi di bawah kementerian menyelaraskan sumbangan itu.

“Baki 50,000 helai lagi daripada pihak MRC sendiri bakal diagihkan terus untuk kegunaan petugas beberapa hospital di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa peka dan prihatin situasi mendesak yang dialami para petugas barisan hadapan.

Menurutnya, sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun ini, kementerian sudah menyumbang sebanyak 21 juta helai peralatan itu dan amat memahami kesulitan yang dialami petugas terbabit.

“Usaha itu diselaraskan MRC dan ahli-ahli Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) sebagai memenuhi keperluan kritikal kepada peralatan tersebut.

“Kementerian menghargai sumbangan MRC dan Margma serta berharap banyak syarikat mengisi tanggungjawab sosial korporat semasa negara ditimpa musibah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya