Snap election, PM interim selesai kemelut politik? - Utusan Malaysia

Snap election, PM interim selesai kemelut politik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN raya umum (PRU) mengejut atau ‘snap election’ dianggap pelbagai pihak termasuk UMNO sebagai jalan terbaik dalam menyelesaikan kemelut politik kerana parti yang ada ketika ini tiada satu pun layak mentadbir ekoran kekurangan majoriti.

Jika diperhatikan nada kepemimpinan UMNO termasuk kemungkinan menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), ‘snap election’ dijangka menjadi agenda yang dibincangkan parti itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di negeri ini, esok.

Selain itu, jika tidak dapat diadakan ‘snap election’, ada pandangan mahu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa Seri Paduka bagi melantik Perdana Menteri Interim.

Semua parti politik perlu memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dan berlapang dada untuk Seri Paduka melantik Perdana Menteri Interim.

Bagi memastikan kemelut politik yang berlaku tidak berterusan, lantikan Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong sewajarnya dibuat bukan dalam kalangan ahli politik.

Jika dipersetujui, Seri Paduka sendiri layak menjawat jawatan itu demi kestabilan dan keamanan negara.

Lantikan sedemikian bukan baharu sebaliknya pernah berlaku di Madagascar yang melantik Andry Rajoelina selama empat tahun bermula 2009 ekoran kemelut politik selama dua tahun di negara itu.

Mungkin jawatan Menteri Pertahanan boleh diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera, Menteri Dalam Negeri kepada Ketua Polis Negara atau individu lain yang bukan orang politik.

Jika membabitkan orang politik pun, lantikan boleh dibuat tetapi bukan dalam kalangan ahli Parlimen sedia ada.

Apabila keadaan kembali pulih, Parlimen boleh dibubarkan bagi membolehkan PRU diadakan dan kerajaan baharu dipilih untuk menerajui negara.

Setelah Parlimen dibubarkan semuanya terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan, cuma jangan diulangi kesilapan lalu yang mana orang Melayu berpecah belah dan kesannya diterima oleh rakyat.

Jika tidak, kemelut politik yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu berulang dan tiada berkesudahan. Yang menanggung kerugian ialah negara dan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN