Rekod sejarah bantu pertahan sempadan negara - Utusan Malaysia

Rekod sejarah bantu pertahan sempadan negara

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Rekod sejarah yang lengkap merupakan elemen penting bagi negara mempertahankan kedaulatan dan wilayah persempadanan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kejayaan Malaysia memenangi kes tuntutan Pulau Sipadan-Ligitan pada 2002 disebabkan negara memiliki bukti arkib yang kukuh.

Titah baginda, sementara kegagalan mempertahankan tuntutan Pulau Batu Putih pada 2008 disebabkan kekurangan bahan arkib sebagai sumber utama pembuktian kes.

“Kehilangan bahan arkib merupakan kehilangan yang amat merugikan, menyamai kehilangan memori seseorang manusia, kehilangan yang tiada gantinya. Oleh itu, merakam, mencatat, merekod dan menyimpan bahan sejarah adalah kewajipan yang tidak boleh dikompromi.

“Perbuatan mengubah fakta sejarah ialah perbuatan tidak adil, satu perlakuan jenayah intelek dan keilmuan, yang menafikan hak generasi terkemudian memperoleh fakta sebenar,” titah baginda pada perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Perak di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya