Rasuah: Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa lagi - Utusan Malaysia

Rasuah: Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selepas sembilan hari didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.3 juta, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu didakwa lagi.

Di Mahkamah Sesyen di sini, tertuduh, Mohd. Azhar Che Mat Dali, 49, berdepan dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM130,000 tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rofiah Mohamad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan RM50,000 melalui Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn. Bhd., Ahmad Hisham Mohd. Tajuddin sebagai upah sebagai penjawat awam kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Suapan itu dipercayai sebagai dorongan membantu Syarikat FEHM Entity Sdn. Bhd. untuk dipilih menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan sistem prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan.

Bagi pertuduhan kedua pula, bapa kepada tujuh anak itu didakwa menerima suapan RM80,000 dari Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn. Bhd., Elias Jemadi Tajudin melalui Zainudin Abdul Majid, Pengarah Syarikat Ikaira Resources bagi tujuan yang sama.

Bagi pertuduhan kedua ini, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kota Damansara Driving Range, Jalan PJU 5/1a, Kota Damansara pada penghujung 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.