Rakyat mahu ahli politik junjung titah Agong - Utusan Malaysia

Rakyat mahu ahli politik junjung titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majoriti rakyat negara ini mahu ahli politik veteran menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar bermuhasabah dan tidak mengheret negara ke kancah tidak menentu ketika pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan tindakan mengheret negara ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) membuktikan segelintir mereka tidak mempedulikan nasib rakyat.

“Rakyat kini mengalami pelbagai masalah antaranya kewangan, tiada pekerjaan, perniagaan merosot, pendidikan terbantut dan survival kehidupan berkeluarga.

“Sikap yang mementingkan survival politik tanpa menjaga keutamaan rakyat akan menyebabkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat terabai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Razrul Anwar, sekarang bukan masanya untuk berebut kuasa atau menjaga ‘periuk nasi’ masing masing. 

“Kita bersama-sama perlu melawan wabak yang berbahaya ini. Ini adalah masa untuk setiap ahli politik bersatu dan mengenepikan setiap agenda politik terlebih dahulu.

“Sekiranya dibiarkan perebutan kuasa ini terus berlaku, kita semua akan merana dan rakyat mula berasa jelik dan bosan,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, pihaknya berharap masyarakat termasuk ahli politik di negara ini untuk menfokuskan gerak kerja dalam mendepani Covid-19 dengan lebih serius dan menangani masalah rakyat di kawasan masing masing. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.